Hi korang! Apa khabar? Sihat? Ape sihat? Bagus-bagus :) Saye sekarang bersiaran langsung dari rumah dan esok tak kerja lagi. Yup saye dapat MC hari ni and esok nak pegi kipas doctor mintak MC lagi. Saye bukan malas nak pegi kerja tapi badan sakit-sakit. Dari tangan sampai la kaki. Seksa gila rasa dia. Nak berjalan pon susah. Terhincut-hincut OKU sekejap saye. Barulah rasa begitu menghargai segala kurniaan yang diberikan tuhan...
Last Friday saye balik kerja macam biasa dengan ibu. Memang saye sudahkan kerja awal hari tu sebab ibu nak pegi klinik. Sampai kat persimpangan nak masuk ke pandan jaya kami dua beranak di ragut. Mula-mula peragut tu tarik beg yang ada kat tangan saye. Beg tu sebenarnya beg telekung saya. Kononnye nak bawa balik then cuci la kan.
Lepas dia tarik beg telekung saye tu die tarik pulak rantai leher ibu saye. Sangat kuat die tarik. Tapi saye sangat pelik macam mana dia boleh spot rantai yang ada terlindung dengan jaket moto yang ibu saye pakai. Itulah kan orang dah pro dalam profession ragut-meragut nih benda yang x Nampak pon die boleh spot. Nampak sangat punca rezeki ko memang dari kerja HARAM kan!
At last si peragut x dapat apa-apa pun dari kami dua beranak. Tapi nahtijah dari perangai SETAN dia yang menarik rantai leher ibu saye tu saye dan ibu jatuh terseret kat jalan raya. Ibu saye jatuh tersembam dan saye pula jatuh terlentang kat atas jalan raya tu macam kura-kura hijau. My mum can’t breathe for a while and I cannot move for 5 minute there. I cried! Yes I cried like a child! Seriously saye memang da tak malu dah kalo orang nak tengok saye menagis mcm budak-budak x dapat cekelat.
Tapi saye sempat toleh kat dia. Si peragut pon sempat toleh kat saye mase cubaan dia melarikan diri. Ape ingat ko nak wat cite industan ke si PERAGUT DURJANA?. Tapi mujur juga rakyat Malaysia ni sangat prihatin dengan keadaan sekeliling. Lepas jea saya jatuh ramai abang-abang motor berenti kat tepi jalan dan tolong saye dan ibu. Ada yang tolong kutip beg telekung saye yang si peragut tu cmpkkn lepas die sedar ada kaen putih kat dalam beg tuh. Yeah cik peragut kaen putih tu yang akan kapan kan ko tu nanti! Ada this indian family sangatlah baek ati. Diorang tumpangkan moto kat kawasan rumah dan tolong hantar kami ke klinik. THANK YOU SO MUCH kat abang-abang yang berenti masa tu dan indian family tu jugak :) really appreciate it!
Pesanan buat persatuan peragut-peragut Malaysia!
Anda sangatlah cetek pemikiran, sangatlah tidak punya hati dan perasaan belas kasihan kepada manusia laen. Anda sangatlah mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan perbuatan anda terhadap orang laen. Tidak hairanlah kalo anda dibelasah separuh mati oleh orang awam bila anda tertangkap. Serve you right! Memang mengikut undang-undang orang awam tidak berhak menjatuhkan hukuman kepada anda tetapi adakah anda berhak menyakiti orang laen demi kepentingan dan kepuasan diri anda sahaja?
Anda hanyalah seorang manusia yang kurang nilai-nilai murni didalam diri anda tetapi tidak bermakna anda boleh menjadikan orang tua, wanita, ibu mengandung atau sesiapa sahaja sebagai mangsa anda. Tidak pernahkah anda terfikir yang dunia ini punya karmanya yang tersendiri? Hari ini anda ragut harta benda orang dan mungkin juga nyawa orang dan tidak mustahil esok lusa keluarga anda pula ditimpa nasib yang serupa! Dan kalau ketika itu anda hendak menangis kesal trust me it didn’t worth at all. It’s too late! Anda menagis kerana ahli keluarga anda menerima nasib seperti itu sedangkan sudah terlampau ramai yang derita kerana perbuatan anda yang langsung tidak ada rasa kasihan sesame manusia!
Renungkanlah :- sanggupkah anda merangkak di padang mahsyar nanti semata-mata ingin mencari semua mangsa anda dan meminta maaf kepada mereka? Sanggupkah anda? Dan adakah anda beroleh kemaafan itu? Anda hanya terlepas di dunia tapi bukan dihari pembalasan. Bawak-bawaklah bertaubat semantara pintu taubat tu masih terbuka.
Sorry I’m a bit emotional. Badan saye still sakit-sakit lagik, jalan macam orang tempang, kalo batok perot pon sakit, kaki bengkak lagik but thank god I’m still in one piece. Alhamdulilah. So tu je la untuk kali nie. Jumpa lagik!
P/s: Hati-hati kalo nak kua rumah ok. Walaupun tu kawasan kita tak bermaksud kita akan selamat. Malang tak berbau. Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga kan.
Thank for reading this :)
3 comments:
lisaa..saba banyak2....isk2..sedeyh lak aku~
lisaaaaaaaaaaaaaa
i just read this...sialan punye peragot...wpon kesah benar lagi serius tp ko boley melawak lg tulis..xdpt ke peragut tu sepak perut dy sampai terburai..gerammmm..kat area umha ko ni lisa?agak2 peragut tu owg ape???eiii geramm....
p/s : semoga lisa dan mak beliau dilindungi tuhan dan sehat selalu
oney: aku saba oney...da seminggu tp aku still ade rase sakit...buku lali aku mcm bengkok huhuhu
ayu: x dan nak sepak die weyh kalo dan aku da rodok sula die! thanks ye!
Post a Comment