TaMaN~TeMaN

Welcome readers! Thanks for visiting Truth...Cry...and...Lie...
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Elianto warehouse sale! Jom bejimba!!!

As’salam and olla darlings!

Lama gila tak balik rumah kedua saye ni. Ish apa nak tulis pun tak tau sebab dah lama gila belog ini terperam menjadik jeruk ikan pekasam. Yummy sangat sedap ikan pekasam itu bila dimakan dengan nasik panas…OMG meleleh air liur…slurrpp...Okeh dah sah merapu ni. Sorry.

Okeh kite mulakan sekali lagi ye kawan-kawan! Dah 11 hari kan kite berpuasa? So walaupun dah lapuk saye still nak ucapkan SELAMAT BERPUASA ye. Mana yang tekucir puasa tu ehem-ehem paham-paham sendiri la sila ganti nanti okeh J

Walaupun baru 11 hari puasa, saye gerenti ramai yang dah get ready dengan persiapan raya kan. Baju raya dah ada ke? Kasut? Kuih raya bapa balang da tempah? Spender raya ada x??? Opss abaikan.

Seperti yang hadirin semua sedia maklum...time-time bulan puasa ni lah segala shopping complex kat Malaysia ni nak buat sale. Sape yang pergi sogo? Angkat tangan! Azab kan? Orang cm ikan sardine cap ayam dalam tin kan? Penulis tiada kena mengena dengan situasi yg disebutkan tadi.

Kalau korang rasa shopping complex je yang pandai wat sales korang patut pikir balik semula sebab sepertimana yang korang tau, rumah saye dikelilingi kilang-kilang baju yang agak besh :p. Skang ni kalo balik keje, mata saye mesti melilau menengok banner-banner warehouse sales. Ada macam-macam sales. LARRIE, DR.CARDIN, SKIVA bla…bla..bla…panjang sangat kalo nk tulis sume. So my fav is ELIANTO.

Motif citer panjang-panjang ni sebenarnya nak bagi tau the upcoming ELIANTO Warehouse Sale kepada korang. So sapa yang free plus duet bekepok-kepok tak tau nak d bazirkan terutama kepada gadis-gadis yang comel diluar sana…ini adalah tempat yg mungkin sesuai tok korang!

Check this out J


Antara jenama yang di-offer kat warehouse sale ni adelah:

1.      Bonita      (saye suke kasut die. Last time pergi rembat 2 kasut =RM50)
2.      Elianto     (saye suke blusher and lip gloss die…rase nak makan bibir sendiri)
3.      Tiamo
4.      Axel
5.      New Balance
6.      Admiral
7.      Superman
8.      Strawberry Shortcake        (baju die chumel tp saye da besau mane bole pakai da)
9.      Voir Gallery                      (My fav too!!!)


Waktu untuk anda menghabiskan duet adelah dari 10am hingga 7.30pm bermula dari 12 August-24 August 2011. So happy shopping darling, see you there J

Thanks for reading this!

Thursday, March 31, 2011

Salam Vs Assalamualaikum....

Hi everyone and assalamualaikum...

hey i know usually i will update my blog either on monday or friday. of coz i will talk about boring monday a.k.a moday blues and what so eva kan he...and slalunye entry2 pown cm x bape nak ilmiah kan he3x...

So seblom sye jdk kan entry ini sebagai salah satu koleksi entry yg tidak ilmiah jadik marilah kite teros ke tajuk perbincangan kite d tengah hari khamis ini hohoho...ok ussually people alway use salam as short form of assalamualaikum. correct me if i'm wrong. tp most of sms yg sye dapat dri kawan2x sye adelah SALAM.

Fyi i rarely use salam in my text message or mail. slalunye sye akan gune as'slmlkum(still not salam or a'kum rite?).so people will know that i'm greeting them with such a nice words. Bape ari yang lepas i received one email, forwarded by a friend of mine. Email tu bekait dengan Salam and Assalamualaikum...



meh sye copy pasta kan kat cni untuk pengetahuan kite bersame:-

Sebagai renungan dan Ingatan bersama...

InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah
tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan
salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -
"Assalamualaikum"

dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

"WAALAI KUM SALAM" (Ini slalu juge sye tersasul. insyallah lps ni jwb dgn proper)


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer".

(ok yg nie pon sye slalu terbabas...ya allah jaun na ko meyimpang cik lysa. Pas nie sye akn behati2 bile berkirim salam)

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan
"Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita
ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalamualaikum".



Kesimpulannye:
Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud
"Binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom"
kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam"
sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."


p/s: entry ini bkn entry perkauman ye syg2x sekalian...ini info yg sye rase ade manfaatnye kalo di kongsi besama.

Thanks for reading this :)